MyDeTaiLs

Bagaimanakah aku ingin menulis mengenai diriku ini sedangkan aku sendiri tak tahu perihal biografi ku secara pegun. Namun aku adalah manusia biasa yang suka berimiginasi. Aku adalah seorang yang relax and steady adakala aku lebih suka melakukan pergerakan solo dan suka bersendiri, namum langsung tak bermakna aku seorang yang sombong. Jangan sesekali anda cuba meneka aku dari luaran serta gambaran yang kau lihat, kerana anda pasti silap. Dari segi akhlaknya mungkin juga seorang yang baik dan mungkin jahat! atau mungkin kedua-duanya sekali. segalanya berkemungkinan kerana aku masih belum pasti mengenai jawapan yang sesuai. Apa yang pasti, aku sukar diduga!
- Berkawan denganku dan nilai lah sendiri !Kadangkala anda akan mengenali ku melalui kebaikan
serta muka suci ku!
adakala anda mengenaliku melalui kenakalanku. (nakal dan jahat adalah definasi yang berbeza) dan yang paling aku suka anda kenal kedua2 perwatakan itu.. di situ anda mampu menilai secara telus. Tapi ada baiknya anda tidak perlu tahu semua ini kerana manusia sering berubah apa yang penting ialah ikhlas!
- Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diriku sendiri.Apa yang aku kata hari ini mungkin akan berbeza pada keesokan harinya. kerana aku lebih suka membuat pernyataan mengikut situasi keadaan. Gembira hari ini dan lupakan hari esok. inginkan esok lebih menari? kita sendirilah kena berusaha. kita bukan hidup untuk orang lain, segalanya untuk diri kita sendiri.
Didalam soal kehidupan aku lebih suka menggunakan gerak hati dan mengikut rentak takdir. Namun segalanya bergantung kepada usaha yang telah dilakukan.
- You’ll never find what you’re looking for until you allow God to lead you.
Aku seorang yang suka belajar dan mengkaji. (kecuali Matematik)
Belajar sendiri adalah rahsia ku, belajar dari kesilapan adalah kegemaran ku, belajar dari pengalaman adalah guru terbaik ku.
- It’s better to make mistakes and learn, than to never made any mistakes and never learned anything.Basically aku adalah berlatarbelakang teknikal -bidang Elektrik dan Elektronik-
- Berminat dengan Pendawaian Elektirk setelah tamat SPM
- Berminat dengan Projek Elektronik ketika study di Politeknik
- Berminat dengan Audio Visual setelah kerja di PICC, Putrajaya.
- Berminat dengan Broadcast System setelah bekerja di Muscat, Oman.
Hobi aku ialah hobi yang sering berubah2. aku sangat teruja terhadap sesuatu perkara sehingga muncul rasa bosan. Jadi apa yang aku suka dan minat adalah dilabelkan sebagai “Hobi Aku”.
- Missing you is my hobby, caring for you is my job, make you happy is my duty, and loving you is my life. (xde kene mengena dalam hal ni)
Sangat menghormati persahabatan
Aku boleh berkawan dengan semua makhluk dimuka bumi ini, tapi belum tentu untuk menjadi teman yang akrab.
namun adakala aku terasa sangat allergic terhadap orang yang berfikiran negatif, bajet bagus!, sakai serta kelam kabut!.
- We can’t live without friends, but we don’t have to be friends with everyone. Be selective!
- Berkawan dengan hanjing adalah tetap hanjing walaupun anjing itu sangat comel.Aku suka menulis apa yang aku rasa ingin ditulis dan biasanya apa yang aku tulis adalah sesuatu yang aku rasa patut dikongsikan, diluahkan, atau diterjemah, supaya ianya bermanfaat. Namun apa yang aku sampaikan mungkin terdapat fakta yang salah. itu adalah perkara normal kerana aku manusia biasa yang tak kan lari dari kesilapan.
Setiap kata bicara penulisan aku mempunyai maksud yang mendalam jika anda faham. Namun apa yang aku katakan bukanlah mudah untuk kau faham kerana aku ada ruang sendiri.
Hidup ni mesti bebas!
Tapi dihujungnya pasti ada sempadaningat tu!
Aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana singgah disini.
Thanks a lots!
*´¨)
¸.•´¸.•*´¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•` ¤ Jauzi
………………………….
email: Jauzi@infozi.com
Tweet


Salam perkenalan bro.. Penulisan yang santai tapi bijak…
yup! salam perkenalan
terima kasih. jenguk2 la selalu ok