Realistik

Sebenarnya gua ada perasan yang gua dah lama tak menulis. Nak kata busy, takdela sangat. Bukan hari2 ada kerja pun. Banyak takde kerja dari ada kerja. Dan hakikat sebenarnya lebih kepada buat-buat sibuk. Dengan harapan gua ada alasan yang cukup untuk tidak ambil berat terhadap manusia sejagat. Gua akui gua memang teruk dalam menjaga perasaan orang disekeliling gua. Nak wish epy birthday pun kadang gua rasa malas.

Jadi sama ada lu diam diri atau lu makan hati. Memang santapan yang tak sedap untuk dihadam. Biasanya gua yang akan rasa kehilangan berbanding lu orang. Sebab gua memang suka tinggalkan banyak soalan daripada jawapan.

Entah akhir rasa ini gua seperti tertarik kepada satu seruan. Kadang kadang gua sedar diri jugak yang gua makin berusia. Gua tengok kawan kawan yang sebaya dah mula cipta koloni. Tapi kadang kadang gua bosan jugak tengok diorang ni macam terikat dengan sistem kehidupan yang membohsankan.

Mungkin gua masih belum rasa tanggugjawab sedemikan rupa. Sebab gua masih bebas bergembira isi anak tekak sendiri dan bukan tekak anak bini. Kadang-kadang  gua rasa macam nak lari dalam hutan. Bercucuk tanam dan ternak binatang untuk gua makan. Hidup diluar sistem. Ikut sukahati gua apa nak buat. Tapi itu semua kalau lah.. Dan kalaulah ada awek yang sudi kawen dengan gua dan tinggal dalam hutan. Itu paling mustahil untuk manusia generasi Y&Z.

Mungkin gua patut fikir ke arah yang lebih ‘pawer’, futuristik dan realistik dalam meniti arus hidup bergelombang tsunami.

Hmm.. nanti gua fikirkan.

chow!

This entry was posted in PeRsoNaL. Bookmark the permalink.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge