Tempat Makan Halal Di Bangkok

Apabila anda selamat sampai di Lapangan Terbang Suvarnabhumi itu bermakna anda sudah berada di Bangkok, Thailand. Dan apabila perut anda berbunyi seperti kriuk kriuk yang ranggup, itu tandanya nafsu melahap yang sedang membuak. Jadi anda harus makan dulu.

Tapi ingat! anda kini berada di Bangkok. is not a islamic country. kalau nak makan babi goreng silakan..

Untuk makan makanan halal di Suvarnabhumi airpot, anda boleh ke level 4 Gate F. Disitu terdapat kedai makan halal bernama ‘The Miracle’.

Nak makan yang sedap dan murah silakan ke area  Ramkamhaeng Soi 61. (Ni memang port makan aku sebab sini je yang paling dekat dengan hotel tempat aku tinggal) Menu makanan kat sini sama je macam makan kat kedai tomyam di Malaysia.

Anda boleh order tomyam, nasi goreng, bla..bla… ikan 3,4,5 rasa or apa2 je la. Yang best kat Area ni sebab kawasan komuniti muslim so ada banyak pilihan kedai makanan halal. kat sini juga korang boleh lepak layan teh tarik yg superb kaw sambil layan movie DVD. Selain soi 61, boleh juga makan di Ramkamhaeng soi 27.

*****

Selain itu aku suka pergi makan di Soi Nana atau dikenali sebagai ‘Arab Street’. Kat sini memang bersepah pak arab dan mak arab serta anak2 kepada mak bapak arab itu. that’s why kawasan ni dipanggil ‘Arab Street’.

Jadi disini memang banyak la restoran makanan halal. Sedap dan kenyang. tapi kalau dah area pak arab harga pun mesti la ‘up’.

*****

Kalau korang nak pergi shopping dan Makan. boleh la ke MBK MALL (antara shopping mall yang paling famous kat Bangkok ni). Di MBK MALL kalau lapar boleh la ke tingkat 5. disitu ada terdapat food court dan juga restoran makanan halal. Jam 6pm-8.00pm ada live band di ‘The Fifth Foodcourt’, but be careful tak semua halal kat ‘The Fifth Food Court’ ni. Antara yang Halal ialah ‘Sultana’.

****

Nak makan nasi lemak? anda boleh singgah di ‘Cili Padi Restaurant’ yang terletak di Thanom Phan, Silom Road Bangkok. ‘Restoran Cili Padi’ ni merupakan kedai makan masakan Malaysia. Memang terbaik dan sedap! kalau nak jumpa orang Malaysia kat sini la tempatnya.

setakat ni , itu je la tempat makan halal yang sempat diredah selama berada di Bangkok. jikalau anda tahu tempat2 makan yang halal yang lain, sila la berkongsi.

Tq.. Khob kun Kharp

Comments

This entry was posted in Jalan2, Life in Bangkok. Bookmark the permalink.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Responses to Tempat Makan Halal Di Bangkok

  1. klANA says:

    thanks for dis gud info… baru bercdg nk cuti ke sana hjg tahun ni, sng nanti nk mkn yg halal..
    klANAÃ�´s last [type] ..Tempat Makan Best – Kuala Gula Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge