
Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas. dimaklumkan bahawa saya mengisytiharkan perletakan jawatan sebagai Juruaudio Visual. Notis 24 jam berkuatkuasa 24 FEBRUARI 2012. Adalah dengan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk berkhidmat di KPKK Johor Bahru mulai 16 NOVEMBER 2011.
Walaupun berat hati ingin saya tinggalkan, tapi berat lagi masalah jiwa yang saya hadapi. Jadi saya perlu membelai jiwa ini supaya lebih tenang. keputusan ini bukanlah atas desakan pakcik karim atuapun pakcik dan makcik serta tuan puan yang saya muliakan. Tapi keputusan ini dibuat atas kehendak soalan berdasarkan objektif jawapan yang diberikan. anda mempunyai 1 jam 15 minit bagi menjawab kesemua soalan. cubaan meniru, memberi tiru atau kedua-duanya sekali akan menyebabkan markah penilaian anda dimansuhkan dan anda dikehendaki berdiri atas kerusi selama 3 minit 20 saat.
Masa menjawab bermula.
Soalan 1
Kenapakah Anda berhenti kerja?
a) Sebab saya nak berhenti
b) Sebab saya punya suka la kan
c) mungkin sebab saya nak berhenti kot
d) tiada jawapan yang pasti
Soalan 2
Dah habis fikir ke nak berhenti kerja ni?
a) ntah xtau
b) dah la kot
c) mungkin akan berfikir lepas berhenti
d) dah berhenti dah pun, lagi mau fikir ka..
Soalan 3
Adakah anda tidak menyesal dengan keputusan ini?
a) setakat ini tidak
b) tiada ruang untuk menyesal
c) sesal dahulu tiada guna, sesal sekarang lagi la tak berguna.
d) Menyesal gilew vavi sondol
Soalan 4
So apakah hala tuju anda selepas ini?
a) jadi tukang kebun
b) pergi jahanam
c) terbang dan berterbangan
d) duduk terdiam
tetettttttttttttttttt! masa dah habis.
ɔ ˙q ˙p ˙q :uɐdɐʍɐɾ
*gilo
Tweet
New Comments!