Jikalau mengikut citarasa peribadi ku memang xde sebab yang munasabah untuk aku pergi ke Cameron Highland. Ini kerana faktor persekitaran yang ala2 romantik version Ombak Rindu sangat tidak sesuai dengan status relationship diriku ini. Disamping sebab lain ialah kalau ke Cameron Highland terasa seperti rombongan sekolah yang dtg melawat ladang-ladang teh, strawberry, bunga2an, cactus, Bee Farm and bla..bla… yup! aku pernah laluinya ketika rombongan zaman sekolah rendah. (time tu memang sonok tak hingat!).

“Cameron Highlands merupakan antara pusat peranginan terkenal di Malaysia. Ia terletak di negeri Pahang, di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa,yang berada pada 1524 meter dari aras laut.

Ia menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan asing kerana cuacanya yang dingin, tempat-tempat yang menarik dan ladang-ladang teh yang telah ditubuhkan pada akhir tahun 1929.”

ok tujuan aku datang Cameron sebab kena bawak Pak Arab yang datang ‘honeymoon’ kat Malaysia ni. Diorang bercuti kat Malaysia 10 hari. Jadi, salah satu destinasi yang kitorang bawak ialah Cameron Highland. Pak arab ni memba aku punya memba yang datang dari Oman. So layan kan je la yeow…

*********************

Antara tempat-tempat menarik di Cameron Highlands ialah:

Strawberry Farm

Di ladang strawberi ni anda boleh beli produk2 yang berasaskan buah strawberi dengan harga yang murah. Disini juga anda dibenarkan memetik buah strawberi sendiri dengan kadar bayaran mengikut berat.
Antara ladang strawberi yang popular di Cameron:

- Big Red Strawberry Farm
- Healthy Strawberry Farm
- Kasimani’s Strawberry Farm
- KHM Strawberry Farm
- Raju’s Hill Strawberry Farm

95007 3 Menarik Di Cameron Highlands

95006 3 Menarik Di Cameron Highlands

********************

Cactus Farm

Disini anda boleh beli pokok cactus yang comel:

- Cameron Highland Cactus Valley
- Cameron Highland Cactus Point

95005 3 Menarik Di Cameron Highlands

95018 3 Menarik Di Cameron Highlands

********************

Tea Plantations

Tak lengkap percutian anda jika tidak melakukan lawatan sambil belajar di ladang teh, sebab ini merupakan salah satu tarikan utama Cameron Highlands yang patut dilawati. Anda  boleh melihat sendiri proses membuat teh yang dilakukan di kilang-kilang yang ada dan anda juga boleh duduk dan menikmati secawan teh di kafe sambil menikmati view ‘Ombak Rindu’.

The 3 most famous tea plantations are :
- Boh Tea Plantation
- Sungai Palas Tea Plantation
- Cameron Valley Tea Plantation
:

95010 3 Menarik Di Cameron Highlands

95012 3 Menarik Di Cameron Highlands

95008 3 Menarik Di Cameron Highlands

95009 3 Menarik Di Cameron Highlands

95019 3 Menarik Di Cameron Highlands

95014 3 Menarik Di Cameron Highlands

95015 3 Menarik Di Cameron Highlands

*************

Honey Bee Farm

Di Ladang Madu Lebah ni anda boleh belajar tentang habitat lebah serta pengeluaran madu lebah disamping membeli pelbagai produk madu lebah.

The popular Bee Farms are :

- Ee Feng Gu Honey Bee Farm (near the Kea Farm area)
- Highland Honey Bee Farm (along the road to the Boh Tea Plantation)
- Cameron Tringkap Bee Farm (Tringkap)

95011 3 Menarik Di Cameron Highlands

95017 3 Menarik Di Cameron Highlands

********************

Cameron Highland Lata Iskandar Waterfall

Hutan Lipur Lata Iskandar merupakan salah satu tarikan kegemaran di Cameron Highlands. Ia adalah tempat yang sesuai untuk berkelah dan berehat. Air terjun Lata Iskandar ini terletak di tengah-tengah antara Tapah dan Cameron Highlands.

95016 3 Menarik Di Cameron Highlands

95190 3 Menarik Di Cameron Highlands
***************

Lepak Cameron 2 hari 1 mlm kemudian we’all bergerak ke Penang pasai incik Pak Arab tu nak pi Pulau Langkawi. So planning nak naik ferry dari Penang, sat g da terlepas sudah. (for your info trip feri ke Langkawi cuma ada pada 8.15 pg & 8.30 pagi sahaja ok. )

95201 3 Menarik Di Cameron Highlands
Maka terpaksa la kitorang shoot ke Terminal Ferry Kuala Kedah. puii…
+++++++++ 

Neway thanxx to Syazrin for the fully sponsored vacation +plus+ fulu$ for tour guide job ni. ahaks!

 

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Responses to “Menarik Di Cameron Highlands”

  1. fasz says:

    wahhh cantik nye di ladang tea….sy mmg tak pernah pergi lagi ni. nnti nak p time honeymoon >_<
    fasz�´s last [type] ..Lagu Tanpa Dendam Dihati by Siti Nurhaliza

  2. alang says:

    bercuti ke CH, singgah di Galeri BiGDee House of Magic Potions Taman Royal Lily, Tanah Rata. satu-satunya galeri nano microfungus aromaterapi di dunia!

Leave a Reply

(required)

(required)

CommentLuv badge
Hak Cipta Terpelihara © 2012 INFOzi.com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha