Setelah 7 bulan berada di Muscat, Oman akhirnya waktu yang di nantikan tiba. kami dijangka pulang ke Malaysia pada 5/11/2011. walaupun projek masih belum siap sepenuhnya tapi contract dah tamat. So balik holiday dulu (maybe 2 week) dan kemudian hanya yang terpilih akan di renew contract untuk datang semula ke Oman untuk selesaikan projek ‘Station Tv Oman’ ini.
Syukur aku terpilih untuk continue project, Namun aku telah mendapat call yang membuatkan dilema kembali sekali lagi. yup! selagi kau hidup sebagai manusia kau tak boleh lari dalam membuat keputusan. Persoalan yang paling susah ialah memilih jalan masa depan, sebab ia perkara yang kau tak boleh ketahui namun kau boleh menilai dari orang terdahulu. (itu aku tahu tapi aku lebih suka memilih jalan sendiri)
Jadi keputusan yang aku buat ialah, aku mungkin tidak akan renew contract di Oman atas sebab-sebab yang telah dipertimbangkan. Ini bermakna aku tidak akan dapat bersama-sama bagi menyiapkan projek Station Tv Oman sehingga selesai sepenuhnya.
Mungkin sudah takdir aku untuk berkhidmat pada tanah air. Peluang selalunya datang waktu kau tidak bersedia, dan peluang selalu datang hanya sekali. Tapi disebabkan peluang datang 2 kali, jadi mungkin aku akan menyesal jika menolaknya sekali lagi. (rujuk entri-> kerja swasta atau kerajaan?)
“God gives you what you need, not what you want and sometimes, more than you ever dreamed of.”
Maka, selamat tinggal Oman… ade jodoh ngan awek arab kita jumpa lagi ok.
Shukran Jazeelan!
Tweet

rileks bro… setiap yang berlaku mesti ada hikmahnye…
alongxp�´s last [type] ..10 pencipta teknologi internet yang kurang dikenali
yups… layan kan sahaja