Apakah motif SuruhanJaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) mem’block’ laman web file sharing? ramai yang tak setuju dengan tindakan kerajaan Malaysia. Nak pulak yang kaki download. memang tansion la kan.

ok mungkin sebab kerajaan tak nak bagi kita download movie! konon nak banteras cetak rompak la kot.. hey apa daa…

Agak-agak la sampai camtu skali.. SKMM block laman web file sharing yang tip top pulak tu. laman lucah berlambak tak nak pulak di block nya.  DVD cetak rompak ade je bersepah orang jual takde pulak nak kecoh. Dan yang aku pelik lagi laman web ThePiratebay ade ke movie melayu?. so perlu ke SKMM memblock laman web sharing ni.

Pelik-pelik… nak suruh rakyat maju guna internet suruh amik pakej Unifi pulak tu.. bayar mahal-mahal tapi tak bole nak download. Kalau setakat nak online FB baik guna broadband je xpayah la buat speed sampai 4Mbps, So apa motif sebenar kerajaan nak sekat laman web file sharing ni?

Antara laman file sharing meng’download’ yang telah diblok oleh SKMM:

  • http://www.megaupload.com
  • http://www.thepiratebay.org
  • http://www.filestube.com
  • http://www.fileserve.com
  • http://www.duckload.com
  • http://www.warez-bb.org
  • http://www.movie2k.to
  • http://www.putlocker.com
  • http://www.depositfiles.com
  • http://www.megavideo.com

Bila SKMM dah mem’block’.. maka banyak pihak yang tidak berpuas hati termasuk lah kumpulan hacker Anonymous! yang telahpun melancarkan serangan untuk mengodam portal rasmi laman web kerajaan dan berita mengenai ancaman terhadap laman web goverment telah pun kecoh dibicarakan.

ini adalah keratan yg dipetik dari Berita Harian:

“Ditanya sama ada kerajaan bercadang menutup semua sistem komputernya hari ini berikutan ancaman itu, Thajudeen berkata, kerajaan tidak akan mengaku kalah kepada penggodam, sebaliknya sudah mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi mereka.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan cubaan godam yang dilakukan semalam adalah berskala kecil atau dilakukan penggodam tempatan.”

 Motif Sebenar Tindakan SKMM

Gambar grafik yang disebarkan bagi melaksanakan operasi ancaman terhadap laman web kerajaan Malaysia

Sekarang ni dah banyak portal laman web agensi kerajaan yang tidak boleh di aksess. Ada antaranya yang telah digodam namun dapat dipulihkan dan ada yang menyatakan kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga dengan meng ‘shut down’ server bagi mengelakkan daripada di hack. Persoalannya sampai bila nak tutup server tu?
so ape cer SKMM? berkerja keras la kamu nampaknya wahai penjaga server kerajaan.. selamat bekerja ok! wish u luck! icon smile Motif Sebenar Tindakan SKMM

p/s: sebaik la aku skang xde kat Malaysia.. so, bole je download… huhu…

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Responses to “Motif Sebenar Tindakan SKMM”

  1. aku paling tak puas hati piratebay kena block jugak. tu tempat favourite aku tuhh ..gerammm..
    Sarang Jerung�´s last [type] ..Isu Sekatan Website Betul Ke Kerajaan Menipu Rakyat

  2. abrablog says:

    hoho..takde kat malaysia..patutula suka hati sket. hehe..
    abrablog�´s last [type] ..You like Incubus Band

    • yuzi says:

      hehehe.. aku skang berada di Negara Oman, kat sini boleh je nak mendownload. tiada sebarang sekatan tapi laman web Porno memang xpat la nak bukak kat sini. bagus kerajaan Oman. ini baru la betul! sekat laman web lucah!. =)

  3. arizon85 says:

    http://www.youtube.com/watch?v=s9VGVvNrIkM

    tolong sapport kami rakyat malaysia kita perlukan kebebasan berinternet

  4. aoi says:

    aku okay je.. boleh je torrent. Pandai2 je la. cuma tak ada local peer je (apa susah, mcm la local peer banyak). Cuma satu je.. connection sekarang dah pelik. DNS asyik tak connect sejak dia ISP ban. Bengong je la.

Leave a Reply

(required)

(required)

CommentLuv badge
Hak Cipta Terpelihara © 2012 INFOzi.com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha