Beza Oman Dengan Malaysia

Setelah beberapa survey yang telah dilakukan, maka aku ingin story serba sedikit mengenai life at Oman serta perbezaan diantara negara Oman dengan Malaysia. Terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup, makan, pengangkutan, dan macam-macam lagi.  apa yang aku nak kongsi ni adalah berdasarkan pengalaman serta experasi diri aku selama berada di Muscat, Oman.

Waktu

Dari segi perbezaan waktu diantara Malaysia dengan Oman ialah, di Oman waktu nya adalah lewat 4 jam dari waktu Malaysia.

Cuaca

Cuaca adalah sangat panas. Dan suhu akan meningkat naik pada bulan May sehinggah bulan September. malam dan siang memang tiada beza. sama je panas! dasyat woo..  selepas bulan oktober cuaca akan ok sedikt maka akan bermula la musim sejuk (tapi xde la sampai turun salji) . jadi semasa musim panas pastikan anda memakai losyen serta lip balm supaya kulit tak kering, dan yang paling penting harus minum air banyak-banyak!.

*Negara Oman ni besar.. kalau di kawasan Salalah cuaca iklim sama macam kat Malaysia. yang aku story ni area Muscat dan wilayah berdekatan dengannya.

Makanan

Disini makanan standard arabic punya style. seperti roti, nasi briyani, kebab, dan macam2 lagi yang aku pun tak reti nak sebut. Masakan kat sini kalau makan hari-hari memang loyo tekak. masa ni la korang akan rindukan nasi lemak!.

kalau da muak makan makanan arab boleh la try restoran masakan Thai ataupun Indonesia. Malaysia punya restoran memang xde lagi. so sape2 nak bukak restoran malaya, sangat la berpotensi disini.

*kalau nak rasa masakan ala2 malaysia, aku recommend kedai indon yang teletak di Al-gubrah (balakang hospital arrafah). memang terbaik! awek indon pun ramai kat situ.

Pengangkutan

 

Di Oman, kenderaan memang agak dasyat, sebab kalau tengok kereta-kereta diorang kat sini memang gempak-gempak. Motosikal memang susah la nak jumpa. (kat sini harga kereta murah,  Jalan xde Tol, Petrol lagi la murah gile, roadtax pun xde.) kan best kalau malaysia xde tol, xde roadtax.. huhu.. ;)

Walaupun kat sini kereta gempak2 tapi aku bangga produk Malaysia mampu bersaing kat sini. :)

Dari segi pengangkutan awam pula, kat Malaysia lagi advance dan maju sebab kat sini cuma ada teksi dan bas. (bas kat sini adalah Van dan bukannya bas macam Rapid KL). Tapi yang bagusnya tunggu je kat tepi jalan tak sampai 1 minit korang boleh dapat teksi/bas. dan yang tak bestnya pulak teksi diorang tak pakai meter, so diorang letak harga ikut suka tekak dia.

*tips: kalau naik teksi jangan sebut nama hotel atau hantar depan hotel. memang kene charge kaw2 la ngan pak arab  kaki kencing tu.

Penduduk

Penduduk Oman sudah semestinya majoriti orang Arab namun kat sini banyak pekerja asing, kebanyakannya Pakistan,Nepal, India, Sri Lanka, Bangladesh, Indonesia dan Filipina.  biasanya bila pak arab  tengok orang Malaysia diorang akan fikirkan kita ni orang philippines xpun indon. Jadi anda harus bagitahu anda merupakan orang Malaysia, supaya diorang respect sikit. sebab pak arab ni berlagak sikit dengan orang luar. (tapi dengan orang Malaysia diorang memang respect, cayalah!) :)

Bahasa

Bahasa kat sini semestinya bahasa arab. yang masalahnya pulak tak semua orang arab boleh speaking english. jadi kat sini korang kena belajar asas bahasa arab. kalau tak memang susah nak bekomunikasi.

Agama

Oman merupakan sebuah negara islam yang kuat, sudah semestinya majoriti adalah beragama islam. Namun kat sini agama islam ada 3 fahaman. iaitu ibadis, sunni dan shia.

p/s: Kalau sembahyang kat masjid nanti jangan pelik pula tengok ada orang sembahyang tangan lurus tegak. ;)

Matawang

Matawang negara oman ialah Oman Riyal. wang kertas  yang ada disini ialah 100 baisa, 1/2 riyal, 1 riyal, 5 riyal, 10 riyal, 20 riyal dan 50 riyal.

duit syiling pula adalah 5 baisa, 10 baisa, 25 baisa, dan 50 baisa.  nilai matawang kat sini adalah sangat tinggi berbanding duit Malaysia. 1 riyal = RM 8.

Shopping Mall

 

kalau nak bershopping ada banyak tempat, tapi Shopping Mall paling besar ialah Muscat City Centre yang terletak dia area As-seeb.(Midvalley kat Malaysia 8 kali ganda lagi besar ok). selain dari itu yang paling famous kat sini ialah LuLu Hypermarket (ala-ala Pasaraya Giant kat Malaysia). kemudian kat sini ade Carefour dan ade la berberapa shopping complex yang banyak terdapat di area Qurum.

*new update shopping mall paling besar yang terbaru ialah Muscat Grand Mall yang terletak di Al Ghubrah (berdekatan Lulu Hypermarket, Al Ghubrah)

Kalau nak cari barang-barang traditional Oman, boleh pergi ke area Muttrah. Di situ banyak barang traditional Oman dan harga boleh ditawar.
*Dari Ghubrah ke Muttrah naik taxi dalam 4 or 5 riyal

Hiburan

kalau nak cari entertaiment kat Oman ni memang susah sikit.. tapi kalau bosan-bosan bole la pergi cuci mata kat pantai Qurm Beach, tak pun tengok wayang kat Shatti Qurm. main bowling ke.. jalan2 kat shopping complex. kalau nak pergi rumah urut bole la try pergi Thai Massage For Men. tapi tukung urut dia bapuk la. haha.. :p

Nak yang nakal sikit bole la pergi Sport Bar kat Muscat Holiday hotel. (ade bar, snooker & pool) .. nak clubbing pergi la kat Rock Bottom (recommend), Intercontinental Hotel, or Hyatt Hotel Muscat.

kalau ada cople leh la pergi ke Zouk Club, terletak di Crowne Plaza  Hotel, Muscat. cover charge 20riyal! puii..

ok cukup setakat ni info mengenai kehidupan di Oman berbanding Malaysia.

 

p/s: kalau korang nak datang sini holiday.. baik korang duk Malaysia je lagi best! ;)

 

 

 

 

 

This entry was posted in Jalan2, Life in Oman. Bookmark the permalink.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Responses to Beza Oman Dengan Malaysia

  1. restu resort says:

    ee.. bestnya..
    restu resort�´s last [type] ..KERATAN AKHBAR MAJLIS DI RESTU RESORT

    • yuzi says:

      isk.. best ke…. xbest la! hahhaa.. duduk 2,3 ari ok la. lepas 2,3 minggu, da mula kebosanan. duduk 2,3 bln apatah lagi. ;p

  2. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri :D
    SyazwanSarawakÃ�´s last [type] ..Kiamu!!! – Short Film Kreatif Anak Tempatan Serta Review

    • yuzi says:

      hehe hujan batu jugak yg terbaek!!! windu plak nak mandi hujan tetibe! kat sini lom penah rase hujan lagi tau.. ;p

  3. Melor says:

    heheh,baik duk Malaysia eh?yerla,no better place like home..very well storied,i Loike!keep it up!

  4. neesa says:

    kawan2 i byk dok kt riyardh jd nurse…betaun2 tk nk balik pon..ujan emas kt negeri org gamaknyer nih….

  5. qayyum says:

    thanks bro give me information about oman…..

  6. shah says:

    assalamualaikum.. tumpang tnya,amcm nak tukar 100 oman riyal di malaysia? terima kasih

  7. abu bakar says:

    80 sen taik kau….100 baisa bersamaan rm1000……cuma kar malaysia tak terima pasal orang oman kurang melancong ke malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge