
Bukit Broga Terletak di kawasan Semenyih iaitu disempadan Selangor dan Negeri Sembilan, memiliki tiga puncak dan yang tertinggi berada 400 meter (1,312 kaki) dari paras laut. Masa yang diperlukan untuk tiba di puncaknya ialah di antara 20 hingga 45 minit, bergantung kepada stamina korang.
Apa yang best sangat mengenai Bukit Broga ni ialah view dia yang cantik. Memang semart la kalau nak ber photoshoot kat sini. kebiasaannya tempat ni akan penuh dengan pengunjung pada hari cuti, sabtu & ahad. caj untuk parking kereta cuma RM2 per entry.
waktu yang sesuai untuk mendaki ialah pada awal pagi dan waktu petang, sebab panorama matahari terbit dan terbenam kat atas bukit ni memang sangat2 cantik!
untuk makluman anda, pada waktu pagi rasanya sangat sesak.. orang sangat ramai jadi anda terpaksa beratur untuk mendaki. better mendaki pada waktu petang. ataupun pukul 12tghari.
Sila pakai kasut yang sesuai sebab keadaan trek sangat licin, walaupun tidak la begitu mencabar namun sila berhati-hati. Untuk anda yang nak beraksi photoshoot sila pakai pakaian yang sesuai untuk memanjat terlebih dahulu. sampai kat atas bukit baru tukar baju ok.
kesimpulan yang boleh aku buat mengenai Bukit Broga ialah, bila dah sampai kat atas puncak aku rasa dah malas nak turun.. =)
p/s: sila rujuk “Aksi Photoshoot di Bukit Broga” untuk lihat gambar menarik yang sempat aku upload.
Tweet
New Comments!