Sekarang ni kecoh pasal laman sosial Facebook nak tutup. tak tau la ye ke tak.. tapi khabar angin ni da meluas diperhebohkan. kononnya Facebook akan ditutup pada 15 mac 2011. Mengarutla

Mengikut sumber dari akhbar Weekly World News , Pengasas Facebook Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

“Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini,” jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

“Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik,” kata Zuckerberg.

(kalau tak kisah sedekah la kat aku sikit)

Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: “Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik.”

(aku rasa ramai orang keluar berjumpa disebabkan FB)

Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.

“Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup,” jelas Humarthi.

Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.

Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. – Agensi

Mark Zuckerberg Girlfriend simpan gambar2 anda sebelum Facebook ditutup

P/s: hahahhahaahhaa MENGARUT LA KO Mark Zuckerberg!

*petikan ini diambil dari akhbar kosmo!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Responses to “simpan gambar2 anda sebelum Facebook ditutup”

  1. Izwan says:

    dengar kat hot.fm pagi ni, siap buat topik.. ‘kalaulah fb ditutup’.. hahaha..
    IzwanÃ�´s last [type] ..11111 – Jom Review izwanyusofdotcom Contest

  2. Saya dah download semua info dan gambar. Anda bila lagi? LOL. BTW, rasanya penutupan FB ni is just another nonsense. And it’s proven that it’s not true.
    Nurfaiz Shaidan�´s last [type] ..Big Apple- my Stress Quencher!

Leave a Reply

(required)

(required)

CommentLuv badge
Hak Cipta Terpelihara © 2012 INFOzi.com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha