kuku panjang dan cantik tapi..

info menarik untuk anda yang sedang memiliki atau inginkan kuku panjang. Untuk berkuku panjang anda perlu sentiasa menjaganya supaya sentiasa kemas dan bersih. Memiliki kuku panjang bukan sahaja cantik dan nampak seksi (seksi ke) malah memiliki sekandang babi. tahniah.. anda merupakan tauke babi yang berjaya!

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! . jadi jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang….  bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut…..

potonglah kuku anda. *sila rujuk Rahsia Memotong Kuku

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau punkuku panjang dan cantik
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

info tambahan:

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

share maklumat ni kepada rakan anda.. TQ!

Comments

This entry was posted in iNF[o], KESIHATAN. Bookmark the permalink.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Responses to kuku panjang dan cantik tapi..

  1. pakeri says:

    hohohoho nasib baik aku kalau panjang sikit je aku terus potong,xde nak simpan2 de.klu panjang2 geli wei ade macam2 kat kuku tu..nak2 lak kalau kuku itam…wekkssss

    weyh aku ade buat blog baru..datang ek

    http://www.omygod.my :)
    pakeri�´s last [type] ..Manfaatkan kelebihan Facebook Plugins

  2. Shag says:

    Shag dulu suka gak simpan kuku panjang. Tapi tak de lah panjang macam dalam gambar tu. Hiks. Tapi, bila baca sana sini. Shag lebih selesa berkuku pendek skrg ;)
    Shag�´s last [type] ..Auto Read More

  3. indai says:

    salam tuan rumah…
    Beri keizinan untuk sharingkan info yang berguna pada kekawan indai ya….

    Tq.
    indai�´s last [type] ..K-Liquid Chloropyhll Pembersihan Dalaman Secara Menyeluruh

  4. atiey azha says:

    memang tak suka simpan kuku panjang . dah lah senang patah kalau buat kerja ..
    atiey azha�´s last [type] ..Jom Timbang Berat Blog Anda

  5. azizi says:

    Berkenaan dengan hukum berkuku panjang ( walaupun saya lelaki yang tak berkuku panjang ) yang dosanya sama dengan membela sekandang babi….
    berdosa bermakna haram….sila berikan nas ( Hadis & Al-Quran ) jangan heleyak hukum yang
    tidak pasti kerana itu lebih teruk dari menyimpan kuku panjang. ( Berdusta terhadap hukum-hukum Allah subhanawatala ) saya memang tak suka org berkuku panjang tetapi jangan memper lekehkan hukum hukum Allah.

    • yuzi says:

      Saudara Azizi adakah saya memperlekehkan hukum Allah dengan menyuruh berbuat kebaikan? lain la kalau saya katakan minum arak itu tak berdosa, berzina itu makruh. setakat ni memang saya tidak jumpa hadis menyatakan tidak memotong kuku itu hukumnya haram dan tidak pula ada hadis menyatakan boleh menyimpan kuku panjang.
      Mungkin saudara patut tanya kepada ustaz2 atau alim ulamak mengenai kemusykilan saudara.

      Apa yang saya tulis disini ialah “Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi” DOSA NYA SAMA dan bukan saya katakan ianya BERDOSA. jadi saya tidak menjatuhkan hukum haram sesuka hati, sebaliknya anda fikir lah sendiri kalau dah kuku panjang najis melekat kat kuku, ambil wudhuk air tak masuk, mandi wajib dah confirm tak sah. jadi tak ke hidup dipenuhi dosa setiap hari.

      “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri”. (Q.S. Al-Baqarah:222). Dan di antara hadits-hadits Nabi SAW yang menyebutkan tentang kebersihan adalah hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Turmuzy dari Abi Malik Al-Asy’ary, artinya “Kebersihan itu adalah sebagian dari iman”

      Jadi tidak kah memotong kuku itu adalah suatu amalan kebersihan?

      Masalah ibadat sumbernya dari Allah s.w.t. dan Rasul. Sebagai umat Islam kita perlu menerima bulat-bulat syariah yang sahih tanpa mencari alasan.
      setakat ni memang saya belum jumpa nas nas hadis menyatakan halal atau haram menyimpan kuku panjang. tapi kalau dah perkara kearah kebaikan kenapa perlu dipertikaikan…

      yang baik itu dtg nya dari Allah dan yang buruk itu dtg dari kelemahan saya sendiri.. tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge