10.10.10 tarikh yang best untuk orang kahwin, tapi dalam suka-suka pun ada juga duka.. aku bukan nak story pasal cerita kemalangan ngeri di km223 lebuh raya utara-selatan, yang membabitkan bas express Delima dan 12 kematian. Tapi ini story yang aku sendiri alami pada tarikh 10.10.10.

Pada hari itu aku menghabiskan masa lepak dengan kawan2 yang lama da tak jumpa. so kitorang berjalan sakan pada hari itu.. dan aktiviti yang aku ingat lepas jam 12 iaitu bertarikh 10.10.10 ialah main bowling dan karoke sampai lebam. masa karaoke ni aku da tido.. letih da kot.

Habis karaoke kitorang pergi lepak maple. huha-huha sampai la kul 4 pagi… pastu nak chow la balik umah. Dan semasa dalam perjalanan pulang. ianya bagaikan mimpi ngeri apabila aku tengok kereta kawan aku ni terbalik!

dia terbabas dan melanggar sebatang pokok. pokok tu patah! kereta dia terbalik.. pergh.. aku parking dan terus berlari mendapatkan mereka. si kawan aku yang Driver selamat, kawan aku yang duduk belakang tercampak ke luar dan tulang bahu serta urat kaki putus. kawan aku yang duduk depan kaki dia tersepit. puas jugak nak keluarkan. nasib baik tak hancur kaki dia. fuh.. dia mengalami patah kaki, patah tangan,patah tulang muka, serta luka2 yang agak ngeri jika dilihat pada waktu itu, Aku berterima kasih kat orang ramai yang turut membatu masa tu.

 Tragedi Oktober 10.10.10  Tragedi Oktober 10.10.10

68886 1412191429364 1369884505 30934733 225352 n Tragedi Oktober 10.10.10 66227 1415078501176 1358990454 30948432 7266534 n Tragedi Oktober 10.10.10

lepas ambulans datang dan bawak mereka semua ke Hospital Putrajaya aku pun balik tido. jam masa tu pukul 6.30pg. Ramai yang call aku masa tu, maaf aku tak angkat aku da tak larat nak tido.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jam 10.30pg aku dalam perjalanan nak pergi hospital tengok kawan2 aku yang excident tu.. Sampai kat satu simpang trafic light merah aku pun berhenti. kemudian lampu hijau. aku pun jalan..

Gedegang!.. kereta aku telah dilanggar oleh seekor kancil yang bengap! lantas aku terbabas dan melanggar sebuah Naza Citra lalu melanggar divider!.. oh tidak.. hancus kereta aku.

 Tragedi Oktober 10.10.10  Tragedi Oktober 10.10.10

aku amat pelik kenapa siKancil itu boleh melanggar lampu merah! padahal itu adalah basic yang budak skola pun tau. betul-betul menyusahkan idup aku.

Namun aku sering terfikir jika Kancil itu bukan Kancil tapi Lori treller.. bagaimanakah keadaan aku?

jadi ini la cerita aku pada 10.10.10…. mungkin ada hikmah disebaliknya.

Apa yang penting syukur semua selamat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Responses to “Tragedi Oktober 10.10.10”

  1. shaa says:

    nsb baik selamat..dipanjangkan umo lg =)
    shaa�´s last [type] ..france

  2. princess says:

    ohh.dahsyat nya.
    thank God u selamat.
    semoga kawan2 u stabil dan cepat pulih.
    princess�´s last [type] ..Sukan Antara Fakulti- Tarik Tali

Leave a Reply

(required)

(required)

CommentLuv badge
Hak Cipta Terpelihara © 2012 INFOzi.com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha