Lukiskan gambarajah blok sistem produksi video yang memenuhi keperluan berikut:

  • 3 camera video untuk merakam suatu persembahan dipentas dalam dewan.
  • Isyarat dari 3 video camera tersebut boleh dipilih oleh switcher yang mana boleh memantau isyarat setiap kamera.
  • Persembahan tersebut boleh disaksikan oleh hadirin diluar dewan oleh 4 set tv dan satu skrin besar yang menerima pancaran dari sebuah LCD.

ini merupakan soalan assignment yang perlu aku buat dalam subject Audio Visual. dalam masa yang sama aku nak kongsi kat blog ni…

apa yang aku terangkan ni adalah berdasarkan pengalaman aku dan tidak diambil dari mana-mana modul atau format standard ataupun teori standard. so kalau aku salah mintak maaf la.. ok.. hmm lagi satu aku nak bagitau soalan ini sebenarnya terlalu basic.. sebab basic sangat la aku jadi ‘konfius’ nak buat gambarajah blok ini.sebab selalu event jarang mintak camni.. selalu macam2 lagi yang dimintak. haha.. takpe la.. layan je la. icon smile Sistem Produksi Video

ok kelas bermula.

Dibawah menunjukkan gambarajah blok sistem produksi video yang memenuhi keperluan berikut:

  • 3 camera video untuk merakam suatu persembahan dipentas dalam dewan.
  • Isyarat dari 3 video camera tersebut boleh dipilih oleh switcher yang mana boleh memantau isyarat setiap kamera.
  • Persembahan tersebut boleh disaksikan oleh hadirin diluar dewan oleh 4 set tv dan satu skrin besar yang menerima pancaran dari sebuah LCD.

Rajah 1.0 klik untuk zoom

produksi+AV2+infozi Sistem Produksi Video

Penerangan berdasarkan rajah 1.0

- 3 Camera output akan masuk pada input MCP (Multi Camera Production) yang akan memantau isyarat setiap kamera serta mengawal keluaran isyarat pada pada paparan meggunakan ‘Switcher’.

-Dari keluaran output MCP akan pergi ke input masukan TV dan output TV yang pertama akan masuk pada input TV ke 2 dan keluaran output akan masuk pula ke input tv ke 3 dan seterusnya.

-kaedah penyambungan  ini akan berakhir pada masukan input LCD projector.

*kaedah yang saya terangkan diatas adalah berdasarkan soalan yang diberi.

untuk pengetahuan kaedah ini sebenarnya tidak berapa sesuai digunakan. sebabnya,  jika kita mengambil satu punca sahaja iaitu dari output CCU dan terus sambung pada 4 tv serta satu LCD projector. maka akan berlaku ‘Signal Drop’ sekaligus mengurangkan mutu kualiti gambar.

saya tidak mengatakan tidak boleh, tapi tidak sesuai lebih2 lagi jika dilakukan pada penyambungan yang jauh. ini bermakna lagi panjang kabel lagi bertambah kuat rintangan dan berlaku la ‘signal drop’.

jadi penggunaan jenis kabel juga amat penting dalam penyambungan sistem video.

gambarajah dibawah pula adalah gamabarajah blok sistem produksi video yang telah saya tambah suatu alat yang dipanggil Video Splitter.

rajah 1.1 klik untuk zoom

produksi+AV+splitter2infozi Sistem Produksi Video

Penerangan berdasarkan rajah 1.1

-Dari 3 Camera akan masuk pada MCP.

-Keluaran MCP akan masuk pada input Video Splitter.

-Video Splitter akan menghasilkan banyak keluaran output.

- Oleh itu kita dapat membuat penyambungan ke 4 TV dan LCD projector dari keluaran output video splitter. (rujuk rajah 1.1)

-selain meghasilkan banyak keluaran, kebiasaan video splitter berfungsi untuk ‘boost signal’ dimana ia akan menguatkan lagi isyarat signal supaya tidak berlaku ‘signal drop’.

cth Video splitter, 1 masukan 4 keluaran

extron mda 4v hd sdi Sistem Produksi Video

Sebenarnya banyak yang aku nak kongsi tapi letih la pulak. haha…  mungkin aku akan sambung lagi nanti. TQ..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

(required)

(required)

CommentLuv badge
Hak Cipta Terpelihara © 2012 INFOzi.com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha