info untuk umat islam di Malaysia, sila pastikan anda tidak terus ditipu dan makan benda haram sekaligus menggelapkan hati dengan sumber haram. Asal ade logo halal atau tulisan ‘ditanggung halal’ korang pun belasah makan, ingat dah cukup halal dah ke.. ntah dari mane dapat pengiktirafan agaknya. ntah ye ntah tidak halal.

jadi sebagai langkah berjaga-jaga serta kesedaran terhadap diri sendiri, aku nak kongsi mengenai logo halal yang sebenar di MALAYSIA.

logo halal yang dikeluarkan JAKIM adalah seperti ini:

logo20halal 266212424 std1%5B1%5D Pastikan Logo Halal Malaysia Sebenar!

ciri-ciri:
a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

—————————————————————————————————————————————————————————————

manakala logo halal JAIN/MAIN seperti ini:

Logo+Halal+MAIS+%28H+ +10%29+ni Pastikan Logo Halal Malaysia Sebenar!

logo halal JAIN/MAIN:
a) di bawah tulisan rumi “HALAL” terdapat kod pendaftaran logo halal bagi negeri:
i. huruf “H” yang bermaksud Halal
ii. nombor kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negara
iii.contoh : H-10
‘H’ bermaksud Halal
’10′ melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor

Kod pendaftaran halal bagi JAIN/MAIN seperti berikut:

H – 01 Johor

H – 02 Kedah

H – 03 Kelantan

H – 04 Melaka

H – 05 Negeri Sembilan

H – 06 Pahang

H – 07 Pulau Pinang

H – 08 Perak

H – 09 Perlis

H – 10 Selangor

H – 11 Terengganu

H – 12 Sabah

H – 13 Sarawak

H – 14 Wilayah Persekutuan

Kenapa ada logo dari JAKIM dan ada dari JAIN/MAIN???

-untuk pengetahuan anda, Fungsi JAKIM membuat pemeriksaan diperingkat negara dan antarabangsa manakala JAIN membuat pemeriksaan diperingkat negeri sahaja.

———————————————————————————————————————————————————————————–

*untuk mendapatkan info lebih jelas mengenai status halal sila layari http://www.halal.gov.my

*sila layari http://halalguide.org/Halal_Guide.html untuk panduan mencari yang halal. dan jangan terkejut! kalau mendapati tempat yang anda selalu makan itu tidak halal.

———————————————————————————————————————————————————————————-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Responses to “Pastikan Logo Halal Malaysia Sebenar!”

  1. isza says:

    nak lebih pasti.. sms ke JAKIM,
    :)

    Selamat hari raya buat orang sini dan keluarga..
    semoga hubungan terjalin mesra..
    iszaÃ�´s last [type] ..Pemberian Angpau Raya membebankan – Hentikan!

  2. Fareast says:

    Thank bro.. nice info :)
    Fareast�´s last [type] ..Tukar Nama Rename Recycle Bin Anda

  3. Ali ridha says:

    ada satu restoran.nak kata mamak atau india.
    aku pon xtau.langsung tiada gantung ayat
    Al-Quran( kalau gantung pon bukan reti
    baca pon).nampak pekerja dan pemilik
    restoran siap pakai subang lagi tu.
    Muslim ke ni.

    orang Melayu bnyk plak makan kat situ……..
    Ali ridha�´s last [type] ..Main WIFI Restoran Permai Baru

Leave a Reply

(required)

(required)

CommentLuv badge
Hak Cipta Terpelihara © 2012 INFOzi.com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha