Berbuka puasa dengan buah kurma hukumnya sunat.

HUKUM SUNAT:

Sesuatu yang diberi pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya.

kurma 1 Khasiat kurma dibulan puasa

Hadith:

Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: “Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”. (Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Huraian

  1. Rutob ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering. Ianya lembut dan manis. Manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering.
  2. Orang yang berpuasa disunatkan berbuka dengan rutob atau kurma atau meminum air biasa (air kosong) jika ketiadaan kurma. Inilah tertib yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
  3. Hikmah disunatkan kita berbuka dengan tamar ialah kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada badan. Ia juga dipercayai kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%.
  4. Sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah, kemudian beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW akan diberi ganjaran pahala di akhirat serta mendapat nikmat dan rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.

sumber hadith: JAKIM

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

P/S: pelik melihat mereka yang enggan berbuka dengan sebijik kurma, walhal ia merupakan perkara sunat. tidakkah anda merasakan ianya suatu bonus untuk menambah pahala?

renung2 kan dan selamat berpuasa..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Responses to “Khasiat kurma dibulan puasa”

  1. canistal says:

    nk mkn kurma.. tp x terbeli2… lagik.. huhu
    canistal�´s last [type] ..SemuDah Kopek KacanG DenGan HidunG!!

Leave a Reply

(required)

(required)

CommentLuv badge
Hak Cipta Terpelihara © 2012 INFOzi.com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha