Cuti-Cuti Malaysia.
Tasik Dayang Bunting merupakan sebuah tasik air tawar yang unik , terletak di Pulau Dayang Bunting, berdekatan dengan Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia.
Tasik ini digelar Tasik Dayang Bunting kerana terletak di tepi pantai , kira-kira 500 meter dari tepi laut. Jadi airnya tidak bercampur dengan air laut yang masin. Sebuah jeti telah didirikan di gigi pantai dan tangga-tangga dibina bagi memudahkan pelancong datang ke Tasik Dayang Bunting. Di tepi tasik telah dibina pelantar terapung daripada getah dan plastik, dilengkapi dengan gerai jualan cenderamata, bot kayuh kaki, kayak , jaket keselamatan dan lain-lain.
Pelancong juga boleh bermain dengan ikan-ikan keli di dalam kolam ternakan – satu jenis terapi untuk mereka yang kebas dan lenguh-lenguh kaki. Beberapa buah tandas dan wakaf yang sesuai telah dibina bagi kemudahan para pengunjung . Pelancong dinasihatkan mandi di tasik ini dengan menggunakan jaket keselamatan . Kedalaman tasik ini kira-kira 10 meter – jangan main terjun je ok!

tengok betul2.. ada perempuan bunting tengah baring!
korang perlukan stamina tuk sampai kat tasik tu.. adoi.. letih aku.
Awas monyet! monyet kat sini pantang tengok plastik, tak kire la beg plastik or botol plastik. kalau die nampak memang kene serang la..

ini la dia Tasik Dayang Bunting
Antara aktiviti yang korang leh buat ialah naek bot ni..
sape2 yang kaki busuk sila bagi ikan ni bersihkan.. haha
info: Sehingga ke hari ini, ada yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika minum air tasik ini akan dikurniakan anak. Ada yang turut mengakui kebenaran hal ini..
P/S: kalau nak mujarab lagi minum air yang tempat orang letak kaki tu.. :p haha..
Tweet

New Comments!