Rahsia buah dada wanita untuk panjang umur. WTF!

payudara panjangkan usia lelaki

Ini adalah satu kajian.. jadi tak mustahil ianya terbukti benar.. statement picture diatas aku amik kat blog kolmewan thanks ye! . Apa yang anda rasa bila Merenung payu dara wanita? ahaks! soklan ape ni??

ianya sungguh menenangkan!..patut la panjang umur kot..hehe.. Tapi best sangat ke umur panjang tapi dosa makin bertimbun. ok la kalau tengok bini punya.. tapi kalau da pegi mana2 pun mata syok gatal tengok pompuan lain punye, pastu dengan yakin memberi alasan ‘Scientist cakap tengok payudara wanita panjang umur’…

alasan itu adalah sangat bodo… bagi aku ini cuma suntingan yang menyesatkan bagi memanipulasi serta menyesatkan pemikiran umat islam. (ini pandangan aku lantak aku la nak tulis ape)

Memandang aurat bukan mahram adalah haram. ia dipanggil  Zina Mata

Zina mata berlaku apabila seseorang itu melihat sesuatu perkara yang haram. Haramnya melihat sesuatu perkara boleh dilihat dari 2 konteks yang berbeza iaitu: 1) Haram secara mutlak; 2) Asalnya harus, tetapi bertukar menjadi haram.

Perkara yang haram dilihat secara mutlak ialah seperti yang termaktub di dalam Al-Quran. Firman Allah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada:

suami mereka,
ayah mereka,
ayah suami mereka,
putera-putera mereka,
putera-putera suami mereka,
saudara-saudara lelaki mereka
putera-putera saudara lelaki mereka,
putera-putera saudara perempuan mereka,
wanita-wanita Islam,
hamba-hamba yang mereka miliki,
pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita,
anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita, Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.

(An-Nuur:31)

Berdasarkan pemahaman ayat di atas, seorang perempuan diharamkan untuk memperlihatkan aurat mereka kepada bukan mahramnya. Dalam konteks ayat ini, dapat juga kita fahami bahawa haram bagi seorang lelaki melihat aurat seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan telahpun diperintahkan kepada lelaki dan perempuan untuk menjaga pandangan mereka dalam ayat 30-31 surah An-Nuur.

Larangan Allah ini termaktub dalam skop yang cukup luas. Ia tidaklah terhad kepada larangan melihat perkara yang haram secara live dunia realiti sahaja. Larangan ini juga mencakupi aspek dunia maya juga. Dalam skop yang lebih umum, apa jua perkara yang apabila dilihat, boleh merangsang nafsu syahwat seseorang, maka ia dikategorikan sebagai zina mata.

Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini, zina mata adalah termasuk dalam kategori perkara-perkara yang mendekatkan diri seseorang dengan zina. Dan hukumnya adalah jelas haram, tetapi jika melakukannya ia tidaklah membawa hukuman sebat.

Namun yang demikian kita perlu fahami, apa jua dosa yang kita lakukan sebenarnya akan dihisab oleh Allah. Sama ada dosa besar atau dosa kecil, itu bukanlah isunya. Seharusnya yang menjadi prioriti kita adalah untuk menjaga mata, telinga, hati serta anggota badan kita seluruhnya dari terjebak dengan perlakuan zina dan perbuatan yang menjurus kepada zina. Na’udzubillahi min zaalik.

Wallahua’lam.

“““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““

P/s: Artikel ini adalah bertujuan untuk mengingatkan diri aku sendiri sebenarnya.. sebab aku dah tau lama da pasal kajian scientist ni. so aku da praktikkan hahahahah.. tapi aku da sedar ini cuma alasan bodoh untuk tambah dosa aku. TQ!

This entry was posted in ahhhtikeL. Bookmark the permalink.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Responses to Rahsia buah dada wanita untuk panjang umur. WTF!

  1. apis says:

    ne la yg dipanggil matlamat x menghalalkan care..tu dose namenye tgk buah tembikai org lain..huahua..

    p/s..klu ade kajian mengatakan babi tu dpt mencerdaskn fikiran, jd ramai la yg akn mkn??…same2 kite renungkn..zaazzz..
    .-= apis´s last blog ..Iron Man ade anak, Iron Baby ???? =-.

  2. aizuddin says:

    cara ni boleh diamalkan bila tengok bini sendri je..hehe
    .-= aizuddin´s last blog ..Jadual Perlawanan Piala Dunia 2010 Waktu Siaran Rtm =-.

  3. nursarah says:

    kalau buat benda nih, tapi merokok, panjang umo tang mana nya?.. banyak lagi cara nak panjang umo. yg penting jaga makan. jangan merokok. amalkan gaya hidup sihat. alahai. pengkaji tu pun macam dah tak ada kajian lain depa nak buat. tah apa2
    .-= nursarah´s last blog ..keperluan kaki:- kasut yang selesa. =-.

  4. Jamal Rafaie says:

    Teori boleh gak diterima akal, tapi tengok yang SAH sahaja!
    .-= Jamal Rafaie´s last blog ..AYAM OH AYAM ! =-.

  5. wan says:

    Tapi korang kena ingat beb.. kalau ajal dah nak sampai, masa korang tengah syok merenung “ehem” tu pun korang boleh gol.. peace :)

  6. md nasir says:

    itulah sebabnya Islam menggalakkan perkahwinan di usia muda kerana org muda nie nafsunya tengah melonjak-lonjak.kalau ada isteri,redalah sikit gelora nafsu tu..
    .-= md nasir´s last blog ..Syafaat Untuk Kita Semua =-.

  7. penyubiru says:

    kalu TERtengok macamana pula yer. sebab zaman skang, kalu keluar rumah,mana-mana tempat ada jer perempuan yang menutup aurat tetapi spt telanjang.kalu jalan tunduk takut terlanggar plak.
    .-= penyubiru´s last blog ..Senaman Leher Paling Mudah =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge