apa itu Favicon?? favicon ialah singkatan bagi “Favorite Icon “, ianya sebuah ikon gambar kecil yang anda boleh lihat kat atas web browser. (kat atas sebelah kiri address)
Aku sebenar tak tau menda pun pasal favicon ni.. sebab yang tolong buatkan kat blog aku ni ialah Pakeri. tapi setelah aku godek2 baru la aku tau camne nak buat dan nak tukar favicon ni. haha betol2 pemalas aku xnk amik pot dulu
ok sekarang aku dah tau dan aku nak share..
Untuk pengguna WordPress-self host
- langkah pertama sila download plugin di SINI
- dah download macam biasa la.. activekan.
- bila dah ‘activekan’ lihat kat Setting kemudian pilih JR Favicon
- nanti anda lihat ada Favicon URL kan? ok masukkan image URL kat situ.
- kemudian tekan save. ok da siap!.
untuk mendapatkan image URL anda boleh dapatkan di html-kit.com/favicon, upload gambar yang anda mahukan. kalau tak paham sila rujuk di SINI.
kalau nak guna Photobucket pun boleh tapi untuk buat favicon elok ikut format .ico.
………………………………………………………………………………………………………..
Bagi pengguna Blogspot yang nak buat Favicon sila rujuk ‘Buat Favicon Untuk Blogspot‘
owrite! selamat mencuba!
Tweet
New Comments!