1 MALAYSIA TAIYUAN AUTOMOBILE AUTOMATIC COLLISION AVOIDANCE SYSTEM

1M Taiyuan AACAS produk yang berfungsikan sistem keselamatan aktif anti kemalangan jalan raya berkomputer yang sesuai bagi semua jenis kenderaan.

Ia merupakan satu sistem pengesanan radar yang berupaya mengesan sebarang bentuk bahaya pemanduan yang menjurus kepada perlanggaran atau kemalangan. Sistem ini terbukti berkesan dan telah melalui ujian serta kajian yang ketat oleh pihak kerajaan China dan sedang digunakan oleh pihak tentera Negara tersebut.

Amaran audio serta brek (Measured Braking) akan diaktifkan jika sistem radar mengesan kenderaan tersebut berada di dalam “zon pemanduan bahaya” pada kelajuan 120km/sejam. Secara tidak langsung produk ini berupaya mengelak atau mengurangkan kerosakan akibat kemalangan disebabkan kecuaian pemandu.

Produk ini adalah hasil kerjasama bersama dengan syarikat Beijing Taiyuan Automobile Automatic Collision System Manufacturing Co., Ltd yang beroperasi di China. Produk ini telah dicipta pada tahun 2008 oleh Mr.Liu Taiyuan setelah membuat kajian selama lebih 20 tahun. Beliau juga merupakan antara 10 saintis ternama di China.

Syarikat Optimum IT Sdn Bhd telah diberi kepercayaan penuh untuk menaiktaraf kualiti, memasar serta mengilang produk ini di Malaysia serta menjadikannya produk buatan Malaysia yang sepenuhnya bagi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Produk ni baru dilancarkan pada 15 april 2010, so tak lama lagi boleh la g usya kat market kalau dah ade. ok!

car Sistem Automatik Anti Kemalangan Kenderaan

P/s: entry ini ditulis kerana aku terlibat masa Majlis Pelancaran produk ni. hehehe.. neway juz for info untuk semua kay..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

(required)

(required)

CommentLuv badge
Hak Cipta Terpelihara © 2012 INFOzi.com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha