sebab kena himpit/tindih semasa tidur!

Ada tak sape2 yang pernah alami benda ni?? bila  tidur pastu rasa macam kena himpit, tak dapat nak bangun! dan tak boleh bergerak, puas la menjerit mintak tolong tapi tak terkeluar pun suara tu! arghhhh.. tension kan?

aku suka pikir logik.. so aku anggap ni adalah mungkin sebab salah tido la ape la bla..blabla.. (ikut teori sains) , tapi dalam masa yang sama aku rasa ini gangguan jin. sebab aku orang islam jadi aku percaya benda ghaib. tapi otak aku tetap mengatakan itu salah tido or pape je la..(untuk cover line supaya aku tak takut sgt huhu)

Dah lama jugak aku tak kene.. tapi semenjak 2 menjak ni aku asyik kena je.. so aku pun try search untuk cari apakah makna ni semua. so aku jumpa lah artikel ini <— (klik ini kalau paham).

secar ringkas baca ni :

mengikut teori sains fenomena kena hempap/tindih dalam bahasa medicalnya ialah ‘Sleep Paralysis‘. Sleep paralysis dalam bahasa melayu ialah  ‘lumpuh waktu tidur’ iaitu keadaan yang mana badan kita akan menjadi lumpuh sementara (temporary paralysis).

Temporary Paralysis ini selalu berlaku bila mula-mula nak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis). Normal badan manusia apabila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement-waktu nyenyak, bola mata kita akan bergerak-gerak) , otak akan beritahu badan supaya berehat seolah-olah badan kita seperti di switch off kejap. Otak kita pun ada switch off button yang dipanggil Reticular Activating System (RAS). So, ketika ini REM atonia (tiada muscle tone). Yang tinggal ketika ini hanya automatic function seperti degupan jantung, bernafas dan sebagainya. Lebih kurang macam screensaver atau hybernate lah.

Jadi, apabila kita bangun, RAS akan switch on balik. Kita akan sedar sepenuhnya. Tapi kadang-kadang berlaku juga keadaan yang mana electrical signal tidak diactivatekan oleh otak untuk switch on balik badan kita. Ketika itu, badan kita akan lumpuh seketika sebelum otak akan diaktifkan semula. Memang menakutkan, tapi benar, kita seperti lumpuh sekejap. Masa tu, mungkin ada yang tidak lumpuh sepenuhnya tapi sebahagian saja. Sebab itu ada yang boleh gerak-gerakkan jari, tapi bahagian badan lain tak boleh bergerak.

Satu lagi, sleep paralysis ini juga selalu datang dengan halusinasi dalam bentuk auditory (bunyi yang pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa ada benda sentuh/hempap dll..) Sebab tu kita rasa macam kene himpit dengan hantu lah jin la ape la, lepastu ada pulak sound effect bunyi mengilailah dan macam2 lagi halusinasi.

Sebab-sebab yang membolehkan sleep paralysis berlaku:-

1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2. Jadual tidur yang tidak tentu arah (irregular sleep clock)

3. Sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni… penat sgt)

4. Stress yang banyak kat otak… masalah keluarga, kewangan bla2

5. Pertukaran gaya hidup secara tiba2 (macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung)

6. Orang yang ada penyakit narcolepsy (tidur secara tiba-tiba walaupun ketika itu sedang bersembang)

So, siapa-siapa yang pernah kena himpit, tak perlu risau selepas ini. Cuma sleep paralysis je..

P/S: tapi yang aku pelik bila aku start nak jadi baik je benda ni mesti kene, macam setan tu tak bagi aku jadi baik je.. mesti nak kacau aku. bila aku meliar ok je pulak tido terlentang ke kuak lentang ke selamba je.. (nak jadi baik bukan la maknanya aku jahat.. tapi ye la aku ni manusia biasa yang kadang2 lalai ngan duniawi) so masing2 ade persepsi masing2.. bagi aku benda ni misteri.. haha.. kalau anda ada pngalaman kena himpit boleh la kongsi dekat komen. ok!

This entry was posted in iNF[o], KESIHATAN. Bookmark the permalink.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

98 Responses to sebab kena himpit/tindih semasa tidur!

  1. Kuro says:

    dh bnyak kali kene himpit waktu tidur. Kadang2 tu ddlm mimpi pon kene jugak . Ni dh 2 kali kene himpit dengan teruk . Dengar pulak bunyi lagi kuat kat telinga macam kene bisik.. First time jadi, tak lah seteruk yg baru kene ni. Bila nak smbung pejam mata, Benda tu jadi lagi.

  2. Zaleha says:

    Hmm kene tindih ni selalunya jd kat saya dlm mmpi…bukan benda tu dtg secara solo. Mcm apart of storyline mmpi saya. Mlm td kene (6/9/15) kul 3 am pastu takot nk tdo balik. Sy tidur mengiring then ada bunyi seram then kene tindih. Dlm mmpi sy fight baca ayat2 suci then brjaya lps. Tp bila bgn seluruh bdn berpeluh sejuk. I nvr see anything dan tanak tgk apa2 lembaga. Dh le tgh tak suci..stress tau…huhu

  3. Naidabeth says:

    mak ai takut ny,,, alhamdullilh stakat nie sy x penh lgi alami kejadian nie,,,

  4. shaza says:

    aku sllu kne. smpai stress jd nye. kdg2 aku smpai rase ‘dia’ tarik kaki lh. tgn. hempap bdn tekan kt tulang kuat2.. bila sedr tu smpai rase sakit. kdg2 aku dh lali.. aku pegi mana2. xkira tempat. boleh je kena. sungguh misteri.huhu

  5. Takutnye says:

    first time kene ni tau..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge