Tahukah anda?

bagi saman terpilih (berdasarkan kesalahan) yang dibayar dalam jangka masa 1 bulan selepas dikeluarkan, PDRM menawarkan skim diskaun sebanyak 30% – 50% daripada amaun asal.

Masalahnya mungkin kita sering tidak menerima notis pemberitahuan tentang saman (atas sebab-sebab tertentu) yang telah dikeluarkan sehinggalah tamat tempoh diskaun tersebut. Dan tak pasal-pasal kena bayar penuh.

Oleh itu, dengan melanggan perkhidmatan percuma dari MyEG, kita akan diberitahu melalui e-mail sekiranya ada sebarang saman baru.

Dengan ini, kita pasti akan dapat bayar saman awal dan dapat diskaun. Tambahan pula, jika anda menerima peringatan awal tentang saman, anda masih mampu ingat kembali siapa yang memandu kenderaan pada masa tersebut dan lebih berhati-hati di masa hadapan.

P/S: selalunya orang yang pinjam kereta kita lepastu kena ‘speed trap’ mesti dia tak tahu.. ye la.. sebab saman keluar atas nama kenderaan bukan pemandu. lagi masalah kalau orang tu taknak mengaku. adoi.. terpaksa kita jugak yang kena keluar duit. oleh itu kalau dapat maklumat lagi cepat kan lagi bagus senang nak suruh dia stanby duit awal2. huhu..

logo polis 150x150 PENDAFTARAN PERINGATAN SAMAN PDRM   [PERCUMA]

Daftar disini (percuma)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

(required)

(required)

CommentLuv badge
Hak Cipta Terpelihara © 2012 INFOzi.com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha