entry ini ditulis untuk contest dalam gengblogger.com
ini adalah kisah benar berlaku dan mungkin aku tak pernah cerita dengan orang.. rase macam malu je nak cerita
kalau bukan sebab contes GB ni memang takde la aku nak cerita..
Cerita ni berlaku tahun 2008. Masa ni aku baru dapat kerja di Putrajaya, ada la satu bagunan yang agak top jugak la kat sini. hehe.. tak perlu dinyatakan sebab akan jadi seram pulak tempat ni nanti.
masa tu kerja banyak sampai takde masa nak cari rumah sewa. Jadi aku dengan kawan aku 2 orang (masing2 baru kerja) buat keputusan tidur je kat surau ofis. dalam sebulan juga la kitorang tidur situ. macam-macam benda-benda pelik yang berlaku kat sini.
Ada sekali masa waktu malam aku pergi ambil barang yang tertinggal kat dewan tingkat atas. Sampai je kat atas aku lihat kawan aku tengah duduk kat atas palang lampu. duduk sambil cangkung lak tu. aku pun angkat tangan je la, “mungkin dia tengah betulkan lampu kot.. baik aku blah sebelum dia suruh aku tolong dia”.. masa ni aku dah letih bukan taknak tolong. “tapi aku pelik juga takkan pukul 1.30 pagi betulkan lampu… mungkin die over time kot.”
Lepas je ambil barang kat atas tu aku pun turun la bawah balik. masa tu aku ikut jalan ‘shotcut’ atau kat sini kitorang panggil lorong tikus. jalan dia agak suram sikit la sebab jarang orang lalu sini. Jadi.. masa aku tengah jalan tu, ada rasa lain macam je kat belakang aku, macam ada orang ‘follow’.. aku punya tengkuk pun dah meremang-remang dah time ni.. Tapi memang jangan harap la aku nak toleh belakang. Jantung aku bedegup laju berserta dengan langkah yang semakin pantas. Aku memang tak pandang belakang langsung.. disebabkan aku tak pandang belakang ‘benda’ tu potong aku! gila terkejut aku rasa macam nak pengsan! jantung macam nak jatuh je. Relaks je di boleh potong sebelah aku.. lepas tu di pandang aku dan kemudian terus jalan dan hilang.
Aku pun cabut lari la tak jadi aku teruskan perjalanan. Terus aku patah balik ikut jalan luar.. Makhluk tu lebih kurang macam roh la macam ‘transparent’. Tapi aku tak dapat nk pastikan jantina dia sebab tak sanggup nak tengok muka dia yang seram berkedut-kedut! mata mesti nak merah jew.. macam takde colour lain.
Kemudian aku pun pergi la port tidur aku, iaitu surau kat ofis.. sampai situ aku buat macam biasa je la.. kalau aku cerita kat kawan aku ni nanti lagi kalut jadinya. sebab diorang ni lagi penakut dari aku. rasanya la. dengan muka selamba menahan katakutan aku pun tidur.. ZzzZzz…
Keesokan paginya.. time breakfast, kawan aku cerita la pagi tadi masa time subuh dia ada nampak labih kurang 20 orang masuk dalam surau ni. semua pakai jubah serta serban, nak kata orang bukan orang, sebab nampak macam bayang-bayang warna hijau. memba aku tak berani nak bangun dia bukak mata sikit-sikit je. dia tengok diorang semua tu sembahyang.. seram jugak aku dengar dia cerita. mungkin tu semua jin islam kot.. wallahualam..
Lepas tu pulak aku terserempak dengan kawan aku yang aku nampak malam tadi tu. Alaa.. yang aku cerita nampak dia betulkan lampu tu la. ingat tak? ha.. bagus ingat pun.
aku pun tanya la dia, “kau malam tadi O.T (over time) sampai pukul berapa?”
Kawan aku tu cakap “bila masa pulak aku O.T ni.. semalam kan aku cuti.. ape la..”
lantas dengan penuh binggung aku terus tanya kat semua staff. semua cakap diorang balik awal.
dengan penuh tanda tanya aku memikirkan.
habis tu siapa yang bertenggek kat atas tu????
korang pikirlah sendiri…
Barang siapa yang belum join GengBlogger sila klik sini
Tweet




perh..seram gak wei.
seram lagi masa time kat lorong tu.. dia buleh lalu kt sebelah pulak. gile ar..
waa…sgt tk0t… huuuuuuu…
aku mcm taw jerk kt mne tmpt kjadian..hehe..
haa tau takot.. kt tmpt kije la ni.. ki..ki..ki—> bunyi antoo
huhuuu!! sgt takOtt lOoorh…. sebijik mcm yg diOwg2 citer kt aku……
huhu.. taw takoot..
mngkin jin islam la tu.Solat berjemaah.
Ali ridha�´s last [type] ..Main WIFI Restoran Permai Baru
yups.. itu la yg ku fikirkan.. tetiba naik plak keseraman time bls komen neh. ups..